Karier kelab Jesús_Navas

Sevilla

Dilahirkan di Los Palacios y Villafranca, Seville, Navas menyertai pasukan belia Sevilla FC ketika berumur 15 tahun. Pada musim 2003–04, dia membuat penampilan sulung untuk pasukan utama (dan La Liga) apabila dia bermain untuk 12 minit ketika kekalahan 0–1 kepada RCD Espanyol pada 23 November 2003,[3] dan membuat empat lagi penampilan sebelum liga berakhir. Pada musim 2004–05, dia dinaikkan ke pasukan utama secara tetap, menjaringkan dua gol daripada 22 perlawanan. Dia juga membuat penampilan untuk pasukan Sepanyol bawah-21.

Navas bermain untuk Sevilla pada tahun 2010

Pada musim 2005–06, Navas sekali lagi cemerlang, memainkan peranan penting untuk kelab Andalusia itu yang memenangi Piala UEFA buat pertama kali. Dia beraksi dalam kesemua 12 perlawanan dalam pertandingan itu termasuk perlawanan akhir menentang Middlesbrough. Pada bulan Ogos 2006, satu perjanjian telah diatur untuk perpindahannya ke Chelsea, tetapi pemain itu menolak perpindahan tersebut.[4] Dalam liga, dia secara konsisten disenaraikan dalam ranking pemain terbaik, memasuki '50 Teratas' majalah Don Balón setiap tahun sejak 2005.

Untuk tiga tahun seterusnya, Navas terus menjadi pemain utama Sevilla, sentiasa menjadi pemain dengan bantuan gol terbanyak untuk kelab dan juga menjaringkan sembilan gol dalam liga. Dia juga membantu mereka menduduki tempat ketiga dalam liga musim 2008–09.

Pada musim 2009–10, Navas beraksi dalam lebih 50 perlawanan dan membantu mereka menduduki tempat keempat dalam liga[5]). Pada 19 Mei 2010, dia menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Copa del Rey untuk menewaskan Atlético Madrid 2-0.[6]

Pada musim 2010–11, Navas telah terlibat dengan kecederaan,[7][8] dan kurang beraksi untuk Sevilla. Pada 13 Mac 2011, dia menjaringkan satu-satunya gol dalam musim itu ketika seri 1–1 dengan FC Barcelona.[9]

Manchester City

Pada 4 Jun 2013, selepas spekulasi tentang masa depan Navas, Sevilla mengesahkan dalam laman web rasmi mereka bahawa dia akan meninggalkan kelab itu dan dijangka menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City.[10] Perpindahan itu dilaporkan bernilai £14.9 juta,[11] diselesaikan tujuh hari kemudian.[12]

Navas membuat penampilan sulung liga pada 19 Ogos 2013, bermain keseluruhan 90 minit ketika menang 4–0 ke atas Newcastle United.[13] Dia menjaringkan dua gol pertamanya dalam pertandingan itu pada 24 November, membantu kelabnya menang 6–0 ke atas Tottenham Hotspur.[14]

Pada 2 Mac 2014, Navas menjaringkan gol ketiga City ketika mereka menewaskan Sunderland 3-1 untuk memenangi Piala Liga.[15]

Rujukan

WikiPedia: Jesús_Navas http://www.bdfutbol.com/en/j/j1251.html http://www.bdfutbol.com/en/p/j1251.html?cat=SEL http://sportsillustrated.cnn.com/2011/soccer/04/13... http://www.fifa.com/confederationscup/news/newsid=... http://www.fifa.com/confederationscup/players/play... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/worldcup/archive/southafrica20... http://www.fifa.com/worldcup/news/newsid=1130937.h... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/275757?cc...